HARI INI DALAM SEJARAH
harini saya tidak dapat ke sekolah kerana hantar anak ke klinik....pastu buat kerja...
banyak tidak siap ni..
banyak tidak siap ni..
MY JURNAL PRAKTIKUM
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 30hb Jun 2008 – 4hb Julai 2008
PERISTIWA / ISU
Sewaktu tiba untuk mendaftarkan pada 7.15pagi 30hb Jun, saya merasakan debaran dan kerisauan yang teramat sangat. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran. Bayangan murid-murid yang pelbagai, sambutan guru-guru senior, karenah ibubapa zaman ini dan pelbagai lagi. Tapi saya tahu persoalan-persoalan ini pastinya tidak akan terjawap selagi PRAKTIKUM ini tidak selesai tiga bulan akan datang. Yang pastinya saya perlu menjalaninya dan melakukannya sebaik mungkin.
Kehadiran kami disambut Penolong Kanan SK Presint 16 (2), Puan Zukhairiah. Seterusnya kami diberikan jadual setelah beberapa sesi pengenalan diberikan. Sebaik mendapat jadual, persoalan tadi kembali menyerang di fikiran saya. saya berdebar-debar melihat kelas yang akan kami ajar kelak. Memandangkan kelas tidak banyak di sekolah ini, Hanya satu kelas daripada Tahap 2 dan selebihnya kelas Tahap 1 yang diberikan kepada kami. Perkara pertama terlinas di dalam fikiran saya adalah bagaimana untuk penyeliaan, bagaimana nak kawal kelas, mesti budak-budak tahap satu ni susah nak dikawal, murid-murid sekarang ni mesti lebih tidak hormat guru dan macam-macam lagi. Tapi yang mungkin ialah mereka pasti lebih bijak.
Hari-hari berikutnya, kami diperkenalkan oleh guru pembimbing kepada kelas, Puan Suhaila Mat Zain dan En Faizul bin Omar kepada kelas yang bakal kami ajar. Kami dibenarkan untuk mengajar buat kali pertama. Itulah kali pertama seumur hidup saya masuk ke kelas untuk mengajar sebagai seorang guru. Itulah detik paling bermakna dalam kehidupan saya, dan profision saya sebagai seorang guru.
Tidak dinafikan agak sukar untuk mengawal kelas buat kali pertama. Namun dengan bantuan yang diberikan oleh guru pembimbing, kelas berjaya dikawal. Sesuatu pengalaman yang manis bersama murid-murid. Hari-hari berikutnya, saya dapat menyesuaikan diri di dalam kelas dan mengawal sendiri kelas dengan bantuan guru pembimbing.
KESEDARAN BARU
Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, terutamanya guru baru, tidak sepatutnya saya mempunyai tanggapan negatif terhadap anak-anak murid sebelum mengenali mereka. kerana, sikap dan psikologi kita akan terganggu dan tertekan dengan tanggapan dan ketakutan disebabkan oleh andaian-andaian kita sendiri. Sepatutnya semua guru perlu bersangka baik terhadap murid-murid dan saya percaya itu punca kekuatan guru-guru lama yang berjaya serta cemerlang dalam mendidik anak murid mereka.
Walau senakal manapun mereka, pasti ada sesuatu kelebihan dalam diri anak murid itu. Saya berpegang kepada teori kecerdasan pelbagai bahawa setiap individu mempunyai potensi serta kekuatan yang perlu diasah dan disamping menguatkan potensi diri yang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Setiap seorang daripada kita telah dianugerahkan oleh Allah dengan akal yang sama.
Saya tahu kerana saya juga pernah melalui situasi menjadi seorang murid yang sangat nakal dan tidak mendengar arahan guru. Walaubagaimanapun saya pasti dengan kesabaran dalam membentuk murid-murid ini, saya sangat pasti mereka juga boleh menjadi orang yang lebih berjaya kelak.
CADANGAN
Melalui pengalaman seminggu ini, saya bercadang akan membetulkan tanggapan saya terhadap semua anak murid saya dan saya pasti tidak akan berfikiran yang sama apabila di hantar mengajar kelak. saya juga akan berusaha meningkatkan serta mendalami setiap cabang dalam teori kecerdasan pelbagai yang banyak membantu saya. Saya bercadang untuk berjumpa dengan cikgu senior untuk mempelajari teknik pengajaran yang baik serta kaedah pengawalan kelas yang lebih baik.
TINDAKAN
Saya telah menyedari kesilapan saya dan akan berusaha membetulkan tanggapan saya terhadap anak murid saya dan saya sedang dalam proses berbincang dengan guru senior dan melakukan proses pembacaan di internet dan mencari buku tentang teori tersebut. Saya akan sebaik mungkin mempraktiskan teori tersebut di dalam kelas saya.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 7hb Julai 2008 – 11hb Julai 2008
PERISTIWA/ISU
Untuk menjadi guru mungkin mudah tetapi untuk menjadi seorang guru yang baik bukanlah sesuatu perkara yang senang, kerana melalui perbincangan dengan guru-guru senior, saya dapati untuk menjadi seorang guru yang baik sekurang-kurangnya kita perlukan pengalaman mengajar 3 hingga 4 tahun dan di pelbagai peringkat. Sememangnya banyak perkara yang perlu dikorbankan. Antaranya masa bersama keluarga, wang ringgit dan tenaga. Hari sabtu baru-baru ini, kami diarahkan untuk menyertai perasmian Bulan Kecergasan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di sekolah Presint 8(1). Walaupun hari minggu adalah hari untuk keluarga lebih lagi dengan isteri saya yang menunggu hari untuk bersalin, tetapi sebagai seorang guru, perlu untuk kami meluangkan masa menyertai aktiviti-aktiviti yang telah diatur hanya dengan satu matlamat, untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak murid bukan sahaja di dalam kelas tetapi mencakupi kehidupan seharian.
Minggu ini juga kami diberikan tugas oleh Penolong Kanan untuk menyediakan kumpulan Koir Sekolah untuk pertandingan peringkat Wilayah Persekutuan yang akan di adakan di Kuala Lumpur. Walaupun kekurangan ilmu, saya dengan rela hati menerima tugasan itu sebagai satu cabaran. Pada mulanya agak keberatan tetapi hati saya keras mengatakan untuk menyahut cabaran yang diberikan. Tetapi pada akhirnya tidak semua dari kami boleh mengiringi pasukan koir tersebut kerana sekolah Cuma membenarkan dua orang pengiring sahaja.
Itulah sebenarnya tugas guru, bukan sekadar untuk mengajar cukup masa dan balik. Tetapi pendidikan itu sesuatu yang berterusan. Sebagaimana saya mahu orang lain mengajar anak saya dengan terbaik saya juga akan melakukan perkara yang sama. Saya rasa semua orang pun begitu pasti mengkehendaki yang terbaik.
KESEDARAN BARU
Perkara baru yang menarik perhatian saya adalah keluhan guru-guru lama terhadap kerja-kerja yang diberikan. Saya melihat fenomena ini bukan sahaja berlaku di dalam organisasi perguruan tetapi ianya juga berlaku di organisasi-organisasi lain samada swasta ataupun kerajaan. Mungkin ianya fitrah manusia.
Namun ada kalanya, ada juga yang tidak mengeluh menerima tugasan malah menerima dengan senang hati dan kadang-kadang gembira. Apakah faktor yang mempengaruhi mereka? Motivasi diri? Sifat tugasan? Atau kematangan mereka berfikir?
Saya dapati mereka yang gembira menerima tugasan ini biasanya orang yang terancang dan sistematik dengan kerja mereka. Mereka dapat mengagihkan tugas dengan baik, tidak membuang masa dan sentiasa memantau diri sendiri.
CADANGAN
Saya kagum dengan mereka dan akan melakukan pemerhatian terhadap mereka yang lain. Seorang bijak pandai pernah menyatakan orang sekeliling kita adalah makmal bagi kita untuk menjalankan ujikaji. Buat pemerhatian dan belajar dari mereka!!. Sungguh benar dan saya akan praktikkannya sekarang.
Saya boleh menggunakan pemerhatian ini untuk menambaik diri saya dan menyampaikan kepada anak murid saya. Perbincangan akan dilakukan dengan dengan kawan-kawan praktikum untuk menilai serta mengambil pengajaran.
TINDAKAN
Kami berbincang tentang sebab dan kesan sesuatu tindakan untuk digunapakai bukan sahaja semasa praktikum tetapi dalam kehidupan. Saya belajar dengan guru-guru tersebut cara mengurus kerja dan masa yang mereka praktikkan dan membanding bezakan dengan apa yang saya amalkan sekarang.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 14hb Julai 2008 – 18hb Julai 2008
PERISTIWA/ISU
Terdapat 5 kelas yang berbeza bilangan murid yang saya ajar. Kelas 2 Alamanda mempunyai bilangan murid seramai 33 orang, kelas 2 Hibiskus mempunyai 36 orang murid,kelas 5 Alamanda 39 orang, 3 Alamanda 34 orang dan 1 Ixora seramai 23 orang yang biasanya tidak semua turun menjalani pendidikan jasmani kerana sebahagian lagi mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan dan sebahagiannya tidak berminat. Perkara inilah yang sangat mencabar pada diri saya kerana untuk mengajak mereka menyertai aktiviti bukanlah suatu yang mudah kerana pelbagai alasan diberikan.
Pengajaran Pendidikan kesihatan lebih mudah kerana masa yang singkat dan mudah untuk mengawal kelas. Tetapi untuk mengajar pendidikan Jasmani memerlukan stamina dan kreativiti yang pelbagai untuk menarik minat murid-murid menyertai aktiviti yang dijalankan.
Pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini berjalan lancar mengikut perancangan. Namun, hasil yang diperolehi membuatkan saya tersedar akan kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik dikemudian hari.
Saya merasakan kekurangan dalam mengawal kelas dan masih kurang kreativiti dalam melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid pada zaman ini sudah tidak lagi sesuai atau releven dengan cara pengajaran tradisional. Mereka mudah faham dan merasakan aktiviti yang dijalankan tidak mencabar bagi mereka. Contohnya, kelas tahun 3 Alamanda yang sepatutnya diajar dengan regangan dan imbangan yang mudah dalam Asas Gimnastik. Tetapi pada murid-murid ini, aktiviti yang diajarkan terlalu mudah bagi mereka.
Disinilah kesukaran yang timbul dapat saya rasakan kerana merasa tercabar dengan karenah murid-murid.
KESEDARAN BARU
Saya sedar bahawa pada zaman yang telah banyak berubah ini turut membawa perubahan kepada murid-murid ini. Mereka memerlukan cabaran yang lebih semasa menjalankan aktiviti.tidak seperti zaman saya bersekolah dulu. Saya sedar saya perlukan lebih banyak pembacaan dan penyelidikan untuk menghasilkan Pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mencabar kepada murid-murid tetapi masih mengikuti Rancangan Pengajaran Tahunan.
Selain itu terdapat pelbagai persoalan yang bermain difikiran saya iaitu mengenai keterujaan murid semasa menjalankan aktiviti amat berlainan sekali terutama dalam aktiviti permainan kecil. Ini membuatkan saya terfikir punca dan sebab berlaku perkara tersebut. Saya membanding bezakan pelbagai faktor antaranya, mood saya semasa mengajar, cuaca, masa pengajaran, peralatan yang digunakan, aktiviti yang dijalankan.
Hasil dari itu saya dapati aktiviti yang saya lakukan kurang sesuai untuk kelas yang mempunyai murid yang kurang. Saya juga dapat aktiviti yang saya lakukan menjadikan murid kurang faham apa yang perlu dilakukan kerana bilangan mereka adalah kurang. Seharusnya saya menjalankan pertandingan 3 lawan 3 atau 4 lawan 4 atau 4 lawan 5 dan sebagainya berbanding mengadakan permainan kecil.
CADANGAN
Kekurangan pengalaman menjadi punca utama. Benar kata bijak pandai pengalaman tidak boleh dijual beli. Jadi, belajarlah dengan orang yang lebih berpengalaman!! Rendahkan diri yang kutip pengalaman mereka. jalan pintas untuk berjaya adalah menggunakan pengalaman orang lain.
Jesteru, saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing untuk mengutip pengalaman mereka agar dapat saya gunakan dalam memperbaiki mutu pengajaran saya.
TINDAKAN
Saya telah berbincang dengan beberapa orang guru, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dan mendapatkan pengalaman mereka dan menjadikan ia sebagai panduan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman yang diperolehi perlu didokumenkan agar ianya tidak hilang. Saya juga telah mengklasifikasikan beberapa aktiviti untuk memastikan ianya sesuai samada untuk pelajar yang ramai, atau kurang atau sesuai untuk kedua-duanya.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 21hb Julai 2008 – 25hb Julai 2008
PERISTIWA/ISU
Benarkah aktiviti yang lebih mencabar dapat menjadikan murid semakin seronok mengikuti kelas pendidikan jasmani? Adakah semua murid mempunyai kecerdasan yang sama? Mungkinkah pengkelasan kelas dapat membantu guru untuk menetapkan tahap kesukaran aktiviti dalam P&P? Adakah semua murid kelas akhir itu tidak pandai?
Persoalan-persoalan yang timbul tersebut mungkin mampu membantu guru untuk membuat perancangan pengajaran harian mereka. persoalan-persoalan di atas timbul sewaktu P&P yang sedang saya jalankan. Saya terdengar beberapa orang murid menyatakan bahawa aktiviti yang dijalankan amat mudah. Dalam pengajaran telah diserapkan aktiviti mudah ke sukar. Persoalannya sehingga ke tahap manakah kesukaran tersebut? Bagaimanakah menentukan aras kesukaran pelajar supaya dapat menjadikan pengajaran tersebut bermakna dan menyeronokkan bagi keseluruhan murid untuk mencapai objektif.
KESEDARAN BARU
Untuk memastikan pengajaran yang baik, guru perlu kembali kepada objektif dan tidak boleh dibuai oleh aktiviti yang dijalankan. Semua yang dirancang oleh guru perlu menepati objektif dan elakkan dari meletakkan aktiviti yang terlampau mencabar sehingga objektif tidak dapat dicapai. Saya mendapati kesilapan saya selama ini adalah tidak kembali kepada objektif yang dibuat. Sekiranya murid tersebut inginkan aktiviti yang lebih mencabar ia perlu dimasukkan di dalam aktiviti permainan dan sukan dalam aktiviti kokurikulum.
Objektif kokurikulum adalah untuk membentuk sahsiah dan mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu permainan atau aktiviti luar kelas. Jesteru di dalam kelas pendidikan jasmani aktiviti perlu dijalankan mengikut sukatan yang ditentukan.
CADANGAN
Untuk membolehkan pelajar mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi serta mendapat manfaat dari pendidikan jasmani, saya perlu lebih meningkatkan pengalaman serta belajar dari pengalaman orang lain untuk menetapkan aktiviti yang sesuai. Penentuan aktiviti yang baik membantu peningkatan serta perkembangan jasmani kanak-kanak.
TINDAKAN
Saya akan berbincang bersama guru-guru yang telah lama untuk menimba pengalaman mereka supaya dapat menggunakan pengalaman mereka untuk membentuk pengajaran yang baik. Saya juga akan berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 28hb Julai 2008 – 01hb Ogos 2008
PERISTIWA/ISU
Pada minggu ini daya dapati terdapat pelbagai kategori murid yang datang ke sekolah. Ada yang cepat faham, lambat, suka kepada muzik dan sebagainya. Di dalam satu kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama. Ini berlaku juga dalam siri pengajaran saya, saya dapat melihat kepelbagaian tahap kebolehan yang ditunjukkan oleh murid-murid saya.
Ada kalanya, objektif yang dibuat terlalu rendah kerana mengambil kira murid yang lemah. Ia mungkin dapat men’cantik’kan pencapaian guru dengan mencapai semua objektif, tetapi adakah ianya adil bagi pelajar atau murid. Murid yang mempunyai potensi yang baik sepatutnya dikembangkan dengan lebih baik dan potensi yang kurang perlu diperbaiki potensi dirinya.
KESEDARAN BARU
Saya melihat potensi diri murid perlu dikembangkan sebaik mungkin. Bagi murid yang kurang potensi dirinya dalam bidang pendidikan jasmani, guru perlu memberi tumpuan yang lebih bagi menggalakkan mereka membangunkan potensi diri mereka. Saya merasakan ianya penting kerana pendidikan jasmani bukan hanya waktu untuk bermain bola sahaja tetapi ianya satu bentuk pendidikan membentuk jasmani ke arah yang diredhai oleh Allah seterusnya menghargai setiap apa yang kita dapati di dalam diri mahupun persekitaran kita.
Saya berpendapat guru pendidikan jasmani bukan bertugas melahirkan atlet untuk mewakili negara. Biarlah tugas itu diberikan kepada mereka yang layak, tetapi guru pendidikan jasmani bertugas mendidik anak murid agar sentiasa melihat setiap aspek diri sebagai satu amanah Allah melalui cara yang tersendiri.
CADANGAN
Saya berpendapat semua murid perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri masing-masing dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Untuk itu, saya akan cuba melihat atau menilai semasa pengajaran murid yang tidak mencapai objektif dan terus memperbaiki kesilapan mereka ‘on the spot’. Saya berpendapat murid mempunyai kesediaan untuk membetulkan diri.
TINDAKAN
Kepelbagaian strategi untuk mencapai objektik itu penting. Saya akan terus memantapkan ilmu saya dalam strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam P&P. Saya akan berbincang dengan guru-guru senior untuk mendapatkan pandangan dan pendapat. Belajar dari mereka yang berpengalaman dan yang paling penting mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi. Ilmu tanpa amal ibarat pokok buah yang hidup tanpa buah.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 04hb Ogos 2008 – 08hb Ogos 2008
PERISTIWA/ISU
Mengajar merupakan suatu yang sangat sukar sebenarnya kerana sebagai seorang guru saya perlu memberikan pengajaran sehingga murid-murid benar-benar faham berkaitan dengan pelajaran yang saya sampaikan pada sesuatu masa. Adakalanya saya menyampaikan pengajaran atau arahan tetapi masih ada murid yang tidak dapat memahami dan tidak memberi perhatian kepada apa yang disampaikan. Walaupun telah berkali-kali diberi tunjuk ajar namu hasil tetap sama. Saya membaca dalam internet tentang kuasa sentuhan. Barangkali benar dengan menggunakan sentuhan murid akan lebih faham dan mudah untuk memahami jika guru menggunakan sentuhan atau dengan kata lain pegang dan lakukan bersama dengan murid.
Begitu juga dengan kanak-kanak kecil. Apabila kita menyuruh mereka melakukan sesuatu mereka agak sukar melakukan arahan kita. Tetapi jika kita minta mereka melakukan sesuatu beserta dengan kita menyentuh mereka, mereka akan mudah mendengar dan melakukan apa yang kita arahkan. Hebat sungguh kuasa Allah. Walaupun kecil tetapi ianya memberikan impak yang besar.
KESEDARAN BARU
Saya dapati bukan mudah untuk menjadi guru yang terbaik. Setiap aspek dan perkara-perkara yang kecil, halus dan seni perlu diberi perhatian. Menjadi guru bukan lagi satu profesion tetapi satu seni yang perlu dipelajari. Hanya segelintir sahaja yang ‘gifted’,diberikan kelebihan oleh Allah dengan seni ini. Yang selebihnya mereka perlu mencari seni mendidik itu. Mungkin saya termasuk dalam golongan orang yang perlu mencari seni mendidik itu. Apapun saya patut bersyukur kerana diberi peluang untuk masuk ke dalam bidang yang sebelum ini saya tidak minat. Saya merasa seronok mengajar sambil beramal kerana saya merasakan apa yang saya sampaikan adalah ilmu yang merupakan saham untuk saya di akhirat kelak.
CADANGAN
Seni perlu dipelajari. Apa yang mampu saya lakukan sekarang ini adalah memantapkan ilmu saya dalam bidang yang makin menarik ini. Semakin hari saya belajar, bidang ini semakin menarik perhatian saya. Selepas dari ini saya akan cuba mengaplikasikan teknik sentuhan dalam pengajaran saya supaya objektif yang saya tetapkan dapat dicapai dan mungkin boleh ditingkatkan lagi aras objektif tersebut.
Saya berazam suatu hari nanti saya mampu mencapai objektif pada aras yang tinggi. Tiada sesuatu yang mustahil.
TINDAKAN
Saya telah mempelbagaikan bahan bacaan saya. Saya juga membaca artikel-artikel dari internet, jurnal dan pelbagai lagi bahan bacaan tambahan. Dan saya dapati semakin saya mencari semakin saya tidak mengetahui.
Saya juga telah mengaplikasi teknik sentuhan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Saya dapati ianya memberi kesan walaupun tidak banyak. Saya perlu memahirkan lagi teknik tersebut dan mempelajari dari orang yang lebih berpengalaman.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 25hb Ogos 2008 – 29hb Ogos 2008
PERISTIWA/ISU
Kepelbagaian sifat manusia menjadikan mereka berbeza-beza dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran. Apa yang hendak saya sampaikan disini ialah apabila mendengar herdikan seorang cikgu kepada murid yang menyebabkan saya tersentak sewaktu melalui kelas beliau. Saya duduk satu sudut sekolah dan mula memikirkan kenapa dan adakah sesuai perbuatan sedemikian, sebab musabab dan pelbagai aspek untuk melihat kesesuaian penggunaan ayat seperti itu. Wajarkah seorang guru menggunakan ayat seperti itu? Gembirakah kita jika anak kita yang di’bodoh’kan oleh guru sendiri? Saya buntu dan tidak dapat melihat kewajaran tindakan tersebut.
Dalam minggu yang sama juga saya melihat seorang guru mengendalikan perhimpunan pagi. Beliau menggunakan ayat yang positif dalam setiap tutur kata beliau. Saya sebagai seorang yang pernah menjadi murid menjadi sejuk hati dan dengan mudah boleh menerima apa yang disampaikan. Kesan penggunaan bahasa sebenarnya memberikan impak yang besar dan memberi gambaran kepada sikap seorang guru.
KESEDARAN BARU
Saya dapati penggunaan ayat yang positif banyak membantu mendidik anak-anak murid menjadi positif. Agak sukar juga untuk menjadi pelakon dihadapan murid-murid. Mungkin cikgu-cikgu sebelum ini telah diterapkan dengan perkara yang negatif dalam kehidupan mereka, jesteru untuk menyampaikan kepositifan agak sukar. Namun guru perlu ‘berlakon’ dihadapan murid-murid mereka. Diharapkan dengan lakonan yang kerap, sikap positif itu akan tertanam di dalam diri guru dan menjadi amalan setiap hari dan bukan hanya lakonan yang tidak mendapat anugerah.
CADANGAN
Dengan menyiapkan diri supaya positif setiap hari dapat membantu saya menyampaikan sesuatu yang positif kepada anak murid saya. Saya bercadang untuk banyak membaca buku-buku motivasi supaya positif itu sentiasa mengalir dalam diri saya dan auranya dapat dipindahkan kepada anak-anak murid saya kelak. Alangkah berbangganya hati seorang guru apabila anak didiknya menjadi orang yang berjaya dalam hidup mereka tidak kira apa juga bidang yang mereka lakukan.
TINDAKAN
Saya telah membeli buku motivasi untuk menjadikan ilmu tambahan kepada diri saya sebagai persediaan menjadi guru. Saya juga sentiasa berbincang dengan kawan dan cuba bergaul dengan orang yang sentiasa positif dalam hidup mereka.
REFLEKSI KRITIKAL JURNAL MINGGUAN
Tarikh : 01hb Sept 2008 – 05hb Sept 2008

MODENAS - ku-PANCIT's

Pada hari yang berbahagia...perjalanan ke sekolah ku terhenti...kerana tayar moto ku pancit...sebelum masuk tol putrajaya....paksa je moto tu jalan...sampai kat presint 8...tapi last2 angin dalam tayar habis...so tak bleh jalan,,,,,tlepon kwan kat skolah,,,tolong bawa pam..so try pam...pam takleh tahan...pam pula meletup..hehehehe...
so kitorang p cari petronas stesen...bukan pi cari pe..pi cari mekanik pnya nombor tlepon yang biasa di conteng dekat ngan pam....kol...kemudian dia datang dan tolong setelkan..
tapi MAHAL GLE...rm25...pengsan...tapi demi kesembuhan moto ku...ku bagi jelah...dengan separuh mngutuk orang tu...tapi tq juga lah...
motosikal-MUZIK-ustaz-JAM
HARI ini sepatutnya menjadi hari yang bergumbira...last observ tuk muzik....mengajar muzik lah katakan...tapi MALANGNYA...pensyarah tengok je lesson plan terus je dia tanak masuk...konfirm teruk gile....adoiiii...Next week lah pula...
dah tu nak tengok masa nak masuk ke kelas JAM PULA MATI..mampos....tambah lah kesiotan pada hari ini...
SO ingat NAK BALIK SHAH ALAM....tapi singgah dulu kat MAKTAB...tengah jalan MOTOSIKAL BUAT HAL...lagi lah malang pada hari ini...genap lah malang harini....
tapi fikir2...memang banyak sangat HIKMAHNYA...
i) jam yang mati...tak sedar pun masa dah nak HABIS..tak payah masuk kelas yang dah dikenselkan oleh pensyarah.
ii) nasib baik lah balik maktab..kalo lek SHAH ALAM...menyorong moto kat HIGHWAY lah maknanya....
iii)keje memang cikai je....

BIRTHDAY - HARIJADI ke 28
HARINI 07 SEPT 2008 maka genaplah umurku yang ke 28...minggu lepas dah sambut sebelum posa...p sunway pyramid...so bangun pagi tadi dapat pula hadiah dari mak dan ayah mentua...sweater adidas...well sebab saya slalu joging and dah jadik guru pjk kot happy tak happy...mahal tu...so ingat nak kuar juga pi one utama..tapi nawfal tak nak tidur pula..so tepaksa lah...duk umah je..tapi jap lg nak kuar p beli KENTAKI FRAID CIKEN..(kfc)...dah janji nak berbuka ngan ayam tu.....

AISY NAWFAL bin ANJIRI
harini p skolah lewat sket dari biasa...saje je...lagipun sebab pas ssahur...tido balik...malam tadi lame main2 ngan nawfal....jam 2am baru dia nak tido...yang letihnya...kitorang lah...tapi ok je sebab dia sangat cute je bila senyum.....
harini makin tak rajin nak wat keje yang kurang best...tambahan pula puasa ni..bebudak skolah ni bukan tahan sangat pun....
so sempena HARI KEMERDEKAAN ni kitorang tengok HATI MALAYA je kat skolah...bagi budak tengok...tapi macam borink je bebudak ni..so kitorang sambung tengok NARUTO...heheheh..shhhh..

RAMADHAN AL-MUBARAQ
Harini dah dua hari puasa..lapar lah juga...tapi memandangkan da lama tak tulis...ku gagahi jugalah..
pada 29 Ogos 2008 yang lepas kitorang sekeluarga bersama keluarga mentua p ke Sunway Pyramid...apa yang menariknya sebenarnya sempena menyambut BIRTHDAY BAPA MENTUA dan SAYA sekali...sebab kalo nak ikutkan terkena time puasa so di awalkan....DAN menyambut hari yang ke SEBULAN AISY NAWFAL..TAMBAHAN PULA WIFE PUN DAH TAK SABAR DAH NAK KUAR RUMAH...TAPI BARU SEBULAN...tak pantang sungguh...hehe...
pastu esoknya...FIRST TIME kitorang ber 3...seFAMILY kuar....tapi p dekat je kat subang prade...kira tere lah juga...k lah dah azan asar..wassalam...

Langgan:
Catatan (Atom)